Topic outline

  • General

    SLQ2422
    Lecturer : Kamarul Azmi bin Jasmi

    Semester : Semester I 2011/2012

    Objective

    Di akhir kursus ini pelajar akan dapat:

    (1) Menerangkan konsep dan falsafah pendidikan Islam

    (2) Menjelaskan strategi pengajaran pendidikan Islam

    (3) Mengaplikasi teori-teori perancangan pengajaran mata pelajaran pendidikan Islam

    Synopsis

    Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Islam, Falsafah, Matlamat dan Objektif Pendidikan Islam KBSM, Organisasi Kandungan, Strategi Pengajaran al-Quran: bacaan, hafazan, tajwid dan kefahaman; Strategi Pengajaran Ulum Syar’iyah: Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawiyah, tokoh-tokoh Islam dan Tamadun Islam; Strategi Pengajaran Akhlak Islamiyah; Pendekatan Hayati Amali; Pendekatan Penilaian Fardu Ain dan Penulisan Persediaan Mengajar.

    Creative Commons License This work, SLQ2422 by Kamarul Azmi bin Jasmi is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License


    • Topic 1

      SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
      Topik ini menceritakan sejarah perkembangan Pendidikan Islam sejak sebelum merdeka dan sehingga selepas merdeka.
    • Topic 2

      ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
      Topik ini membincangkan cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan Islam dan sekolah agama di Malaysia. Permasalahan juga dibincangkan untuk memahami persoalan yang timbul dalam kalangan warga Pendidikan Islam di Malaysia.
    • Topic 3

      MODEL GURU PENDIDIKAN ISLAM CEMERLANG
      Topik ini membincankgan model kecemerlangan guru Pendidikan Islam dari segi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam; keperibadian dari segi keperibadian kepada Allah, keperibadaian kepada rakan staf & pihak atasan, keperibadian kepada para pelajar, dan penampilan. Selain itu, turut dibincangkan aspek kemahiran , motivasi, dan ilmu yang perlu ada dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Akhir sekali topik ini menyentuh tentang faktor luar kecemerlangan guru Pendidikan Islam.
    • Topic 4

      PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
      Topik ini membincangkan metodologi pendidikan Rasulullah s.a.w. secara mendalam. Salain itu, topik ini juga membincangkan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
    • Topic 5

      APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
      Topik ini membincangkan pelbagai aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
    • Topic 6

      PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
      Topik ini membincangkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.