Topic outline

  • General

    SPPR1922

    Lecturer : SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI
    Semester : Semester x 201x/xx
    Synopsis :

    Kursus ini dilaksanakan secara teori dan praktikal di mana ia mendedahkan pelajar mengenai pengetahuan olahraga secara umum, termasuk kaedah latihan persediaan penganjuran pertandingan olahraga. Selain mempelajari beberapa asas kemahiran acara olahraga, pengetahuan sains sukan juga diterapkan bagi beberapa acara olahraga tertentu. Pelajar turut menghadiri kursus asas kejurulatihan olahraga bagi meningkatkan kefahaman acara serta kaedah pelaksanaan latihan yang baik

    This work, SPPR1922 Athletics by SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
    • Topic 1

      Pengenalan Kepada Olahraga

      Topik ini memperkenalkan olahraga secara umum mengenai acara-acara yang dipertandingkan dalam sukan olahraga. Tambahan lagi, beberapa aspek sains dalam olahraga juga disentuh bagi meningkatkan lagi kefahaman mengenai sukan ini.
    • Topic 2

      Penglibatan Atlet Baru Dalam Olahraga

      Topik ini memberi penekanan tentang kaedah memperkenalkan sukan olahraga kepada bakal atlet khususnya dalam kalangan pelajar sekolah. 
    • Topic 3

      Kepentingan Memanaskan Badan

      Memanaskan badan merupakan satu keperluan yang penting sebelum atlet terlibat dalam apa jua acara olahraga. Dalam topik ini, ia memberikan tatacara umum mengenai kaedah memanaskan badan yang sesuai mengikut acara olahraga. 
    • Topic 4

      Prinsip Latihan

      Memahami serta mengetahui keperluan  sesuatu jenis sukan mengikut sifatnya adalah sesuatu yang sangat penting. Kefahaman ini akan dapat membantu jurulatih dalam melaksanakan latihan yang betul dan berkesan. 
    • Topic 5

      Penyalahgunaan Dadah Dalam Olahraga

      Topik ini memberi penekanan kepada beberapa jenis dadah yang biasanya disalahgunakan dalam sukan olahraga. Ia juga membincangkan tentang kesan pengambilan dadah tersebut terhadap aspek fizikal dan fisiologikal atlet serta pengaruhnya terhadap prestasi atlet olahraga. 

    • Topic 6

      Penganjuran Sukan Tahunan Sekolah

      Sasaran utama topik ini ialah untuk membimbing pelajar tentang persediaan yang perlu dilakukan bagi menganjurkan kejohanan sukan tahunan sekolah.
    • Topic 7

      Kepegawaian Olahraga

      Topik ini membincangkan tentang fungsi setiap pegawai yang terlibat semasa kejohanan olahraga berlangsung. Ia turut merangkumi beberapa isu teknikal dan peraturan umum yang berkaitan dengan beberapa acara olahraga.