Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada asas dan teknik penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan. Pelajar akan didedahkan dengan beberapa peringkat bahasa pengaturcaraan, konsep system pengaturcaraan seperti pengkompil, penterjemah, editor dan lain-lain. Kaedah penyelesaian masalah menerusi kod sudo dan carta alir akan membantu pelajar merangka teknik dalam pengaturcaraan. Pelajar juga akan didedahkan dengan teknik – teknik kawalan aturcara seperti gelungan, cabangan, tatasusunan, fungsi dan lain-lain menerusi bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dipilih. Pelajar juga akan ditugaskan untuk membuat latihan pengaturcaraan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dipilih iaitu C++.