Kursus ini dibentuk untuk memperkenalkan kepada pelajar kepada aktiviti Pendidikan Luar. Penglibatan diri pelajar dalam aktiviti perkhemahan, kembara, berkayak, ikhtiar hidup dan lain-lain mampu mendidik dan melatih diri pelajar untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang berbeza di samping membentuk sahsiah dan jati diri. Kursus ini juga dapat membentuk dan meningkatkan kemahiran pelajar secara teknikal dalam pengendalian aktiviti peralatan dan keselamatan. Pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai stail kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan Pendidikan Luar kepada pelbagai golongan sama ada secara individu atau berkumpulan. Tambahan kepada kursus ini, pelajar akan mengikuti kursus Asas Rekreasi Tahap 1. Ini akan mendedahkan pelajar untuk merasai, mengalami dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari di dalam kursus ini.