• Kursus UICI2022 Sains, Teknologi dan Manusia adalah salah satu kursus umum yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia. Ia membincangkan falsafah ilmu dari aspek definisi, konsep, teori, sejarah perkembangan, budaya ilmu, dan perpindahan ilmu. Selain daripada itu, disertakan juga perbincangan mengenai sains dari sudut konsep, sejarah perkembangan, kosmologi, pandangan Islam terhadap pengajian ilmu sains, metodologi dalam sains Islam serta perbandingan antara sains Islam dan sains Barat. Kursus ini turut mencakupi persoalan mengenai teknologi dari sudut konsep, sejarah perkembangan, penyelesaian terhadap isu teknologi, serta hubungan antara teknologi dan ketuhanan. Di samping itu ia juga membincangkan tentang manusia dari sudut konsep, teori, dan proses penciptaan yang merangkumi peringkat kehidupan, peranan, faktor kemuliaan, etika, nilai, dan matlamat penciptaan.
  • Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Islam, Falsafah, Matlamat dan Objektif Pendidikan Islam KBSM, Organisasi Kandungan, Strategi Pengajaran al-Quran: bacaan, hafazan, tajwid dan kefahaman; Strategi Pengajaran Ulum Syar’iyah:Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawiyah, tokoh-tokoh Islam dan Tamadun Islam; Strategi Pengajaran Akhlak Islamiyah; Pendekatan Hayati Amali; Pendekatan Penilaian Fardu Ain dan Penulisan Persediaan Mengajar.
  • Kursus ini mendedahkan pelajar kepada kesyumulan Islam melalui keunggulan institusi-institusinya.Ia membincangkan institusi-institusi keluarga, sosial, pendidikan, ekonomi,perundangan, kehakiman dan penguatkuasaan serta politik menurut perspektifIslam. Perbincangan difokuskan kepada konsep kekeluargaan, penghayatan, danpelaksanaannya; konsep sosial dan tanggungjawab masyarakat; falsafah dan sistempendidikan Islam; konsep ekonomi Islam, perbankan dan insurans; konsep danciri-ciri perundangan, kedudukan perundangan Islam dalam perlembagaan Malaysia;konsep kehakiman dan prosedur-prosedur mahkamah yang melibatkan persaksian,pendakwaan, pembuktian dan keterangan; konsep penguatkuasaan zaman awal Islamyang terbahagi kepada wilayah al-qada’, wilayah al-hisbah dan al-mazalim sertaaplikasinya di Malaysia masa kini; konsep politik dan bidang kuasanya yangmerangkumi eksekutif, legislatif, dan judikatif.